Cara memasak:
1.Panaskan kuali, masukkan minyak, bawang putih, bawang merah, kacau hingga naik bau.
2.Masukkan pes cili, kacau, kemudian masukkan udang, kacau hingga udangnya separuh masuk.
3.Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, dan sedikit air, kacau hingga rata selama 2 minit.
4.Masukkan cuka epal MUJEZA, madu MUJEZA, serai, daun ketumbar, nenas, lada benggala, lada benggala hijau, kismis Tok Guru, kemudian kacau hingga rata. 5. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
6. Siap untuk dihidang, hias dengan hiris buah lemon.

Masa Penyediaan: 15 minit

Hidangan:4 orang

Bahan:
800g Udang harimau segar
5 sudu makan Minyak Masak
1 sudu kecil Bawang Putih - dicincang
1 sudu makan Bawang Merah - dicincang
1 sudu makan Madu Mujeza
1/2 sudu makan pes Cili (Cili Boh)
1/2 sudu makan Sos Tiram
4 sudu makan Sos Cili
2 sudu makan Sos Tomato
1 sudu makan Cuka Epal MUJEZA
1 sudu makan Mentega
10g Serai dihiris halus
10g Daun Ketumbar - dicincang
30g Nenas - di potong dadu
20g Lada Benggala Kuning - di potong dadu
20g Lada Benggala Hijau - di potong dadu
20g Kismis Tok Guru
garam dan gula secukup rasa