Cara memasak:
1. Masak air hingga mendidih, kemudian masukkan sedikit garam dan sedikit minyak jagung.
2. Masukkan spaghetti dan rebus selama 5-8 minit hingga empuk dan masak.
3. Setelah masak, tuangkan ke dalam tapisan, kemudian rendam ke dalam air batu yg sejuk, kemudian di toskan dan
gaul dalam minyak jagung.
4. Untuk menggoreng, panaskan kuali, masukkan minyak zaitun, bawang putih, cili padi dan kacau hingga naik bau.
5. Kemudian masukkan seafood dan kacau selama 2 minit dan masukkan spaghetti, kacau rata selama 6 minit.
6. Kemudian masukkan serbuk cili, lada hitam dan daun parsley yang telah di cincang tadi.
7. Akhir sekali masukkan garam, gula, serbuk perasa dan air limau nipis.
8. Setelah siap bolehlah dihidang dengan keju parmesan.

Masa Penyediaan: 10 minit

Hidangan: 8 orang

Bahan:
1 Paket angle hair spaghetti
Sedikit minyak jagung
3 liter air
3 sudu makan Minyak Zaitun Mujeza
8 ekor udang harimau – dibuang kulit dan dipotong kecil
5 ekor sotong – dihiris halus
½ cawan kepah (Mussle) – dihiris halus
3 sudu makan bawang putih – dicincang halus
2 ulas bawang merah – dicincang halus
1 sdm daun parsley yang telah dicincang
1 sdm lada hitam – dikisar
8 biji cili padi dihiris nipis
1 biji air perahan limau nipis
1 sudu kecil serbuk perisa ayam
1 sudu kecil garam secukup rasa
½ sudu makan gula