Cara memasak:
1.Pecah telur ayam ke dalam mangkuk besar, kemudian gula dan pukul hingga kembang.
2.Masukkan Susu Cair UHT, esen vanilla dan kacau hingga sebati.
3.Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 160C.
4.Sapu mentega di dalam Loyang pembakar yang bersaiz 6in X 12in, sapu setiap roti dengan mentega kemudian susun di dalam Loyang, diikuti susun hirisan buah pisang di atas permukaan roti mentega.
5. Kemudian taburkan kismis Tok Guru, buat turutan hingga menjadi 2 atau 3 lapis.
6. Kemudian tuangkan bancuhan susu dengan telur di atas roti hingga penuh.
7. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 30 minit.
8. Setelah siap bolehlah di hidang dengan sos vanilla.

Masa Penyediaan: 1 JAM

Hidangan:8 orang

Bahan A:
1 liter Susu Cair UHT
1 loaf Roti Sandwich - dipotong segi 4
8 biji Telur
1 Cawan Gula
1 sudu kecil Esen Vanilla
175g Mentega
8 biji Pisang Emas atau Pisang Bunga - dibuang kulit dan hiris
1 cawan Kismis "Tok Guru"
Sedikit garam