Cara memasak:
1.Panaskan kuali, masukkan minyak jagung, bawang putih, bawang merah dan halia. Kacau hingga naik bau kemudian masukkan epal, nanas dan kacau beberapa minit.
2.Masukkan bahan-bahan lain, kemudian kacau sehingga mendidih. Sekiranya sos terlalu pekat, masukkan sedikit air.
3.Masukkan garam dan gula secukup rasa, kemudian boleh hidangkan popiah yang siap digoreng.
4.Boleh dihias hirisan bawang atau timun semasa menghidang.

Masa Penyediaan: 20 minit

Hidangan:4 orang

Bahan:
12 biji popiah yang telah digoreng berasingan

SOS CILI ASAM MANIS MADU MUJEZA
2 ulas bawang putih - dicincang halus
3 sudu makan minyak jagung
1 sudu kecil halia muda - dicincang halus
2 ulas bawang merah - dicincang
1/2 biji epal hijau - dicincang halus
1/2 biji epal merah - dicincang halus
2 sudu makan nanas - dicincang halus
3 sudu makan cuka epal Mujeza 4 sudu makan kicap manis
8 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan daun ketumbar
1 biji limau (ambil air perahannya)
Garam dan gula secukupnya