Cara memasak:
1.Masukkan minyak ke dalam mangkuk, masukkan bawang putih, bawang kecil, halia, cili padi, serai, jus lemon, madu lebah, sos tiram, kicap, lada hitam.
2.Kacau sehingga sebati dan masukkan garam, gula secukup rasa.
3.Masukkan kepak ayam dan peram selama 30 minit.
4. Panggang di atas bara api selama 12 minit.
5. Sesudah masak, hias dengan ukiran bunga cili dan daun pudina.

Masa Penyediaan: 30 minit

Hidangan:8 orang

Bahan:
1kg kepak ayam - dibersihkan
500ml minyak jagung
30gm bawang putih - dicincang
80gm bawang kecil - dicincang
60gm halia - dicincang
20gm cili padi - dihiris
100gm serai dicincang
1 biji jus lemon
4 sudu makan madu lebah mujeza
4 sudu makan sos tiram
8 sudu makan kicap manis
8 biji ketumbar
2 sudu kecil lada hitam - dikisar
Garam dan gula secukup rasa
Hiasan : Ukiran bunga cili, daun pudina