Cara memasak:
1.Masukkan kesemua bahan-bahan air jeruk ke dalam periuk, kemudian rebus hingga mendidih, kemudian biar hingga sejuk.
2.Celur bahan-bahan A di dalam air yang mendidih, beberapa minit, kemudian di angkat serta di toskan, kemudian direndam ke dalam bekas berisi air batu, kemudian tos hingga kering.
3. Masukkan semua bahan-bahan yang telah dicelur ke dalam air jeruk yang telah sejuk.

Masa Penyediaan: 20 minit

Hidangan: 4 orang

Bahan A:
60g Lobak Merah - dipotong panjang & di celur
60g Timun - dibuang biji dan dipotong panjang - di celur
60g Bunga Kobis - dipotong kasar - di celur
60g Lada Beggala merah - dipotong panjang - di celur
60g lada benggala hijau - dipotong panjang - di celur

Bahan B:
AIR JERUK (pickle water)
5 cawan air
8 sdm Cuka Madu Mujeza
1cwn gula
2 ktm bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 in kulit kayu manis
8 biji ketumbar
8 biji lada hitam
Sedikit garam secukup rasa