Cara memasak:
1.Panaskan kuali, masukkan minyak, bawang putih, halia, bawang merah, kulit kayu manis, bunga lawang, kemudian kacau hingga naik bau.
2.Masukkan ayam, kacau beberapa minit kemudian masukkan sos tomato, soa cili, sos tiram, madu lebah Mujeza, kicap dan kacau selama 10minit kemudian perlahankan api dan reneh sehingga isi ayam masak.
3.Akhir sekali masukkan sedikit perahan air limau nipis, garam dan gula secukupnya.

Masa Penyediaan: 10 minit

Hidangan: 4 orang

Bahan:
1.2 kg ayam di potong besar
2 ulas bawang putih - dicincang
1 sdm bawang merah - dicincang
2 sdm bawang besar - dipotong dadu
1 sdk halia
2 ini kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 sdm Kismis Tok Guru
3 sdm minyak jagung
3 sdm Madu lebah Mujeza
1 sdm sos tiram
3 sdm sos cili
2 sdm sos tomato
2 sdm kicap cair
1 sdm cuka epal
Garam & gula secukup rasa

Hiasan : Kismis Tok Guru, Tomato, Daun Bawang dihiris dan bawang goreng