Cara memasak:
1. Masukan minyak di dalam mangkuk, masukan bawang putih, bawang kecil, halia, serbuk jintan, Mujeza Cuka Epal Madu , Mujeza Madu Sidr Yaman , serbuk rempah kari daging, kicap manis serta lada hitam.
2. Kacau hingga sebati dan masukan garam dan gula secukup rasa.
3. Masukan rusuk kambing dan perap selama 30 minit.
4. Panggang di atas bara api , selama 12 minit.
5. Untuk membuat sos herba, panaskan kuali, masukkan minyak, bawang putih, bawang merah dan kacau hingga naik bau.
6. Kemudian masukkan daun pudina, daun ketumbar, daun parsley dan kacau hingga rata.
7. Kemudian masukkan semua bahan-bahan yang lain dan kacau hingga sos mendidih dan biar ia reneh selama 2 minit hingga sos menjadi pekat.
8. Setelah siap, bolehlah tuang diatas permukaan kambing panggang yg telah siap dan hias dengan ukiran bunga cili dan daun pudina.

Hidangan:8 orang

Masa Penyediaan:30 minit

Bahan:
16 kpg Rusuk kambing (lamb chop) - dipotong nipis
500 ml Minyak Jagung
60 g Halia – di cincang
80 g Bawang kecil – di cincang
30 g Bawang putih – di cincang
20 g Serbuk kari daging
20 g Serbuk Jintan Manis
1 biji Jus Lemon
4 sdm Mujeza Madu Sidr Yaman
1 sdm Mujeza Cuka Epal Madu
8 sdm Kicap manis
2 sk Lada Hitam - di kisar
Garam dan gula secukup rasa.

RESIPI : SOS HERBA
3 sdm Minyak jagung
1 ulas Bawang Putih - Di cincang
1 labu Bawang Merah - Di cincang
10 g Daun Pudina - Di cincang
4 biji Cili padi - Di hiris
2 sdm Mujeza Madu Sidr
½ sdm Mujeza Cuka Epal Madu
5 sdm Kicap manis
3 sdm Sos Cili
20 g Mentega
½ cawan Air
Garam secukup rasa


HIASAN : Ukiran Bunga Cili, Daun Pudina