Cara memasak:
1.Perapkan daging kambing bersama sos tiram, kicap cair, kicap pekat selama 30 minit.
2.Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumiskan halia, bawang besar, serai dan cili merah hingga naik bau.
3.Masukkan buah pelaga, bunga lawang dan kacau hingga naik bau.
4.Masukkan daging dan masukkan madu MUJEZA. Kacau selama 10 minit, kemudian perlahankan api dan reneh sehinga daging kambing masak.
5.Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.

Masa Penyediaan: 15 minit

Hidangan: 4 orang

Bahan:
400 gm daging kambing - dihiris nipis
80 ml minyak masak
10 gm halia - dihiris
40 gm bawang besar - dihiris
10 gm serai - dihiris
30 gm cili merah - dihiris
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 sudu makan madu MUJEZA
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan kicap pekat
Garam & gula secukup rasa