Cara memasak:
1.Taburkan garam. Lada sulah, air limau nipis di kedua-dua belah isi ikan Salmon dan perap selama 5 minit, Kemudian Panas kuali ( Frying Pan), Masukan sedikit minyak jagung, kemudian masukan kan ikan salmon dan goreng hingga hampir masak. Setelah siap angkat dari kuali. 2.Untuk membuat sos herba mentega, kuali yang sama, masukkan bawang putih, bawang merah,kacau hingga naik bau.
3.Kemudian masukkan lada hitam, daun bawang, daun ketumbar, daun parsley, cili padi dan kacau hingga hampir masak. Kemudian masukan cuka epal cider, mentega dan kacau lagi.
4.Setelah itu masukan garam dan gula secukup rasa.
5.Siap untuk di hidang, tuang sos yang telah siap di atas permukaan ikan dan hias dengan hirisan buah lemon.

Masa Penyediaan:10 minit

Hidangan:4 orang

Bahan:
4 keping Ikan Salmon di potong steak
4 sudu makan Minyak Jagung
6 sudu mkana Mentega
2 ulas Bawang putih – di Cincang Halus
2ulas Bawang merah – di cincang halus
1 sk Lada hitam – di kisar
1 sudu makan cuka epal cider
3 biji Cili Padi – di cincang
2 sudu makan Jus Perahan buah lemon
2 sm Gula
1 sk garam