Cara memasak:
1. Panaskan minyak, tumis Halia, bawang merah, bawang putih, daun kari,daun pudina dan cili hijau hingga naik bau.
2. Kemudian masukan buah pelaga, bunga lawang , kacau hingga naik bau. Masukkan bancuhan rempah ratus, kacau beberapa minit hingga pecah minyak, kemudian masukkan daging kambing dan 1 cawan air. Dan biar renih hingga daging kambing lembut dan empuk.
3. Masukan ubi kentang, kicap, sos tomato, sos cili dan kacau hingga rata, kemudian masukkan susu cair, garam dan gula secukup rasa. Biar renih lagi hingga ubi kentang empuk.
4. Siap untuk di hidang, hias dengan bawang goreng, buah tomato, dan daun pudina.

Hidangan:4 orang

Masa Penyediaan:15 minit

Bahan:
800 g Daging Kambing – di hiris 1 inci
50 ml Minyak Jagung
10 g Halia – di hiris
40 g Bawang merah – di hiris
20 g Bawang putih – di hiris nipis
3 biji Cili hijau – hiris
5 helai Daun Kari
8helai Daun Pudina
2 biji Bunga Lawang
2 biji Buah Pelaga
2sdm Madu lebah
2 sdm Cuka epal “ Mujeza”
2sdm Kicap manis
8 sdm Susu cair
100g Ubi kentang – dibuang kulit
di potong dadu
2 biji Tomato – dibelah 4
3 sdm Sos cili

REMPAH DI BANCUH DENGAN SEDIKIT AIR
3 sudu makan serbuk rempah kari Daging
½ sudu makan serbuk jintan manis
½ sudu makan serbuk jintan putih
½ sudu makan serbuk ketumbar
Garam dan gula secukup rasa