Hidangan:4 orang

Bahan:
2 btg Roti Panjang ( French Loaf)- di potong serong
60g Buah tomato di buang biji – di potong dadu
60g Timun – di buang biji – di potong dadu
60g Bawang besar – di potong dadu
60g Jeruk Buah Zaitun ( Pickle olive) – di potong dadu
4 sudu makan Minyak Zaitun “ Tok Guru”
5 sudu makan Cuka epal cider “ Tok Guru”
1 sudu kecil Lada Hitam – dikisar
1 sudu kecil Daun Parsley – di cincang
3 sudu makan Mentega
6 sudumakan Isi ketam
200g Keju Mozerella – di parut kasar
Garam dan gula secukup rasa



Cara memasak:
1.Sapu mentega di atas permukaan roti yang telah di potong serong, kemudian bakar dalam ketuhar hingga garing ( Golden Brown)
2.Sementara itu masukkan bahan-bahan lain ke dalam mangkuk dan gaul hingga rata.
3. Setelah secukup rasa letak adunan tadi di atas permukaan roti mentega.
4.Siap untuk di hidang, hias dengan daun parsley.