PENUBUHAN JAWATANKUASA PEMANTAU TABUNG PROJEK DANA SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA
Assalamualaikum wrt wbt
Alhamdulillah sehingga Februari 2009 sebanyak RM120,000 telah diserahkan kepada Ustaz Nik Mohammad Abduh bin Dato' Haji Nik Abdul Aziz iaitu sepanjang tempoh beliau menjadi penaung yang dipertanggungjawabkan untuk mengagihkan dana kepada sekolah-sekolah agama dan ini telah disahkan sendiri oleh beliau (disahkan secara bertulis) dan dari jumlah itu sebanyak RM60 000 telah diserahkan kepada Maahad Tahfiz Nikmatillah (disahkan secara lisan oleh ustaz Nik Abduh).
Untuk makluman semua, bermula Ogos 2009 secara rasminya Saffron Integrated Marketing telah menyerahkan sendiri sumbangan dana kepada sekolah-sekolah agama yang terpilih.
Memandangkan masih ada ‘pihak-pihak’ yang tidak berpuas hati mengenai perjalanan tabung dana ini , maka Saffron Integrated Marketing membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa pemantau yang akan dilantik di kalangan ustaz-ustaz dari sekolah-sekolah yang terlibat.
Diharap selepas ini tidak akan berbangkit lagi sebarang isu mengenai Tabung Dana Sekolah-Sekolah Agama Ini. Pihak-pihak yang berkenaan bolehlah merujuk kepada Ahli Jawatankuasa ini yang akan diumumkan nanti.
Yang Benar,
Huzairin Bin Hussin
Pengurus Besar
Saffron Integrated Marketing
No 49 , Jalan Lawan Pedang 13/27
Seksyen 13 , 40100 Shah Alam
Selangor
Tel : 03-5518 8404 Faks : 03-5518 8407
Website : www.tokguru.net Emel: info@tokguru.net
Saffron Integrated Marketing
Ibu Pejabat No 49
Jalan Lawan Pedang 13/27
40100 Shah Alam
Selangor
|
Hotline Tel : 03 - 5518 8404 Hp : 019-989 0010 / 019-240 4010 |
|