PENGUMUMAN KHAS 2

PENAFIAN TERHADAP FITNAH PENYELEWENGAN RM500,000  WANG DANA SEKOLAH AGAMA

Assalamualaikum wrt wbt

Sekali lagi kami tegaskan di sini,  sehingga Februari 2009 sebanyak RM120,000 telah diserahkan kepada Ustaz Nik Mohammad Abduh bin Dato' Haji Nik Abdul Aziz iaitu sepanjang tempoh beliau menjadi penaung yang dipertanggungjawabkan untuk mengagihkan dana kepada sekolah-sekolah agama dan ini telah disahkan sendiri oleh beliau (disahkan secara bertulis) dan dari jumlah itu sebanyak RM60,000 telah diserahkan kepada Maahad Tahfiz Nikmatillah (disahkan secara lisan oleh ustaz Nik Abduh)
Kami juga sekali lagi menyatakan di sini , bermula Ogos 2009 secara rasminya Saffron Integrated Marketing telah menyerahkan sendiri sumbangan dana  kepada sekolah-sekolah agama yang terpilih.
Namun begitu, kami dapati tersebarnya fitnah ke atas Saffron Integrated Marketing yang menyatakan bahawa kami telah menyelewengkan wang dana sekolah agama berjumlah RM500,000. Penyebaran Fitnah ini telah dengan jelasnya menjatuhkan maruah dan nama baik kami sehingga mengakibatkan kami dipandang serong oleh masyarakat, hilang kepercayaan daripada pengguna, pengdedar dan stokis. Amat jelas disini, fitnah ini disebarkan bertujuan untuk menjatuhkan sebuah perniagaan yang diasaskan untuk kebajikan.
Dengan tegasnya, kami menafikan sekeras - kerasnya fitnah tersebut.

Walaubagaimanapun, atas dasar mengambil sikap berhati-hati demi menjaga maruah anak cucu kami di kemudian hari kelak dan bagi menghentikan fitnah, dengan ini kami berbesar hati untuk menubuhkan tabung dana sekolah agama berjumlah RM500,000 yang akan dipantau oleh ahli jawatankuasa pemantau terdiri daripada :

  1. Ustaz Mohd Fauzi b Mustaffa          Duta Produk Tok Guru
  2. Ustaz Wan Sukairi b W. Abdullah  019-989 4125    Pengerusi Dana Maahad Darul Quran
  3. Ustaz Hanif Haji Ghazali                  019-480 5683   Mudir Madrasah Zubaidiyah, Merbok

Tabung berjumlah RM500,000 ini insyaAllah  akan diisi secara beransur-ansur berdasarkan kemampuan kami.Sekiranya kami tidak sempat menunaikannya , maka ianya akan diteruskan oleh anak cucu kami untuk menunaikannya sekadar kemampuan mereka insyaAllah dengan satu harapan demi untuk menunaikan janji kami kepada Allah dan tabung dana berjumlah RM500 ribu ini akan disalurkan kepada sekolah-sekolah agama yang terpilih sahaja.

Tabung Dana RM500,000 ini akan dilancarkan penubuhannya secara rasmi bertempat di Madrasah Zubaidiyah Merbok Sungai Petani Kedah InsyaAllah dalam waktu terdekat

PROJEK DANA SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA

Yang Benar,
Huzairin Bin Hussin

Pengurus Besar

Saffron Integrated Marketing
Ibu Pejabat No 49
Jalan Lawan Pedang 13/27
40100 Shah Alam
Selangor

Hotline Tel : 03 - 5518 8404 Hp : 019-989 0010 / 019-240 4010