MAHA 2014 @ MAEPS SERDANG

Serdang, 20 ~ 30 Nov – Malaysia Agriculutre, Horticulture And Agrotourism Show (MAHA)2014 sedang berlangsung dari 20 hingga 30 November 2014 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor D.E. Program yang berlangsung selama 11 hari dianjurkan oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia melibatkan penyertaan yang terdiri daripada usahawan industri pemakanan, pertanian dan penternakan, NGO, agensi kerajaan dari dalam dan luar negara.

Sehubungan dengan itu, Saffron Integrated Marketing Sdn Bhd telah melibatkan diri dalam MAHA 2014 ini. Di IAT Bazar 01 gerai kami no.120 & 128, terdapat pelbagai promosi yang disediakan untuk pelanggan kami antaranya diskaun sebanyak 10% ~ 50% bagi pembelian RM30 ke atas. Selain itu, promosi produk Mujeza, Tok Guru, MyCun serta Tibbuna turut diberikan kepada pelanggan kami. Terima kasih kepada para pengunjung yang sudi datang ke gerai kami, moga jumpa lagi di masa akan datang.