EKSPO BUKU MARA 2015

Kuala Lumpur, 9 ~ 13 Feb – Ekspo Buku Ke-2 MARA 2015 sedang berlangsung dari 9 hingga 13 Februari 2015 di Ruang Legar Medan MARA, di bangunan MARA sebelah pertama compleks Pertama Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Program yang berlangsung selama 5 hari dianjurkan oleh Sinergi Ilmu dan MARA.

Sehubungan dengan itu, Saffron Integrated Marketing Sdn Bhd telah melibatkan diri dalam Ekspo Buku Ke-2 MARA 2015 ini. Di gerai kami no.A2 & A3, terdapat pelbagai promosi yang disediakan untuk pelanggan kami. Selain itu, promosi produk Mujeza, Tok Guru, MyCun serta Tibbuna turut diberikan kepada pelanggan kami. Terima kasih kepada para pengunjung yang sudi datang ke gerai kami, moga jumpa lagi di masa akan datang.