Ekspo Buku Islam Antarabangsa Malaysia 2014 @ putrajaya

Putrajaya, 30 Okt-9Nov – Ekspo Buku Islam Antarabangsa Malaysia 2014 telah berlangsung dari 30 Oktober sehingga 9 November 2014 di Cempakasari Auditorium Kompleks Perbadanan Putrajaya Presint 3. Program yang berlangsung selama 11 hari tersebut telah dianjurkan oleh Sinergi Ilmu Resources Sdn Bhd telah melibatkan penyertaan yang terdiri daripada penerbit dan penjual buku Islam tempatan, NGO, agensi kerajaan dari dalam dan luar negara.

Sehubungan dengan itu, Saffron Integrated Marketing Sdn Bhd telah melibatkan diri dalam ekspo buku ini. Pelbagai promosi yang disediakan untuk pelanggan kami antaranya diskaun sebanyak 15%, 16% dan 20% bagi buku terbitan Tibbuna iaitu Jaminan Rezeki Dengan Sedekah, Belajar Sampai Ijazah. Master. PhD dan Rahsia Makanan Sunnnah. Selain itu, promosi produk Mujeza, Tok Guru, MyCun serta Tibbuna turut diberikan kepada pelanggan kami. Terima kasih kepada para pengunjung yang sudi datang ke gerai kami, moga jumpa lagi di masa akan datang.