Ekspo Buku Islam ANTARABANGSA MALAYSIA 2015 @ Putrajaya

Putrajaya, 29 Okt - 8 Nov – Ekspo Buku Islam Antarabangsa Malaysia 2015 berlangsung dari 29 Oktober sehingga 8 November 2015 di booth 006 bertempat di Dewan Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. Program yang berlangsung selama 11 hari tersebut telah dianjurkan oleh Sinergi Ilmu Resources Sdn Bhd telah melibatkan penyertaan yang terdiri daripada penerbit dan penjual buku Islam tempatan, NGO, agensi kerajaan dari dalam dan luar negara.

Sehubungan dengan itu, Saffron Integrated Marketing Sdn. Bhd. telah melibatkan diri dalam ekspo buku ini. Pelbagai promosi yang disediakan untuk pelanggan kami antaranya diskaun hebat bagi buku terbitan Tibbuna iaitu Jaminan Rezeki Dengan Sedekah, Belajar Sampai Ijazah. Master. PhD dan Rahsia Makanan Sunnnah. Selain itu, promosi produk Mujeza, Tok Guru, MyCun serta Tibbuna turut diberikan kepada pelanggan kami.Di kesempatan ini juga, pihak kami mempromosikan pelbagai produk baru iaitu Jus Tibbuna, Jus Tok Guru Oren dan Kopi Tibbuna dengan harga promosi. Terima kasih kepada para pengunjung yang sudi datang ke gerai kami, moga jumpa lagi di masa akan datang.