Ekspo Buku Islam 13 Putrajaya

Putrajaya, 27 Feb - 8 Mac – Ekspo Buku Islam 13 Putrajaya 2015 berlangsung dari 27 Februari sehingga 8 Mac 2015 di Zon B 020 bertempat di Dewan Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3. Program yang berlangsung selama 10 hari tersebut telah dianjurkan oleh Sinergi Ilmu Resources Sdn Bhd telah melibatkan penyertaan yang terdiri daripada penerbit dan penjual buku Islam tempatan, NGO, agensi kerajaan dari dalam dan luar negara.

Sehubungan dengan itu, Saffron Integrated Marketing Sdn Bhd telah melibatkan diri dalam ekspo buku ini. Pelbagai promosi yang disediakan untuk pelanggan kami antaranya diskaun sebanyak 15%, 16% dan 20% bagi buku terbitan Tibbuna iaitu Jaminan Rezeki Dengan Sedekah, Belajar Sampai Ijazah. Master. PhD dan Rahsia Makanan Sunnnah. Selain itu, promosi produk Mujeza, Tok Guru, MyCun serta Tibbuna turut diberikan kepada pelanggan kami. Terima kasih kepada para pengunjung yang sudi datang ke gerai kami, moga jumpa lagi di masa akan datang.