Raudhah Tv9 @ Kota Bharu

Kota Bharu, 26-27 September 2014 – Gerai Tok Guru di Raudhah-Di Hatiku TV9 pada 26 dan 27 SEPT 2014 (JUMAAT & SABTU) bertempat di RTC Kota Bharu, Kelantan. Program yang berlangsung selama dua hari tersebut telah menyediakan pelbagai aktiviti dan jualan yang menarik. Alhamdulillah, syarikat Saffron Integrated Marketing Sdn Bhd juga telah mengambil bahagian dalam program ini. Booth jualan telah dibuka dari pukul 9 pagi sehingga 10 malam.

Pelbagai promosi yang disediakan kepada pengunjung gerai kami antaranya ialah diskaun sebanyak 10%, 20% dan 30% telah diberikan terutamanya bagi produk Tok Guru dan Mujeza. Kami juga menyediakan promosi bagi produk terbitan Tibbuna iaitu buku Rahsia Makanan Sunnah, Jom! Belajar Sampai Ijazah. Master. PhD dan Jaminan Rezeki Dengan Sedekah.

Terima kasih dan tahniah kami ucapkan kepada pengunjung dan pengguna produk kami yang sentiasa memberi sokongan kepada produk syarikat Bumiputra serta memartabatkan lagi pemakanan Sunnah dalam kehidupan seharian anda.