| ISLAMIC MANUFACTURING PRACTICE (IMP) | |
|
Produk Jenama Tok Guru dikilangkan dengan Amalan Pengilangan Islam @ Islamic Manufacturing Practice (IMP). IMP ialah satu piawaian Halalan Toyyiba berasaskan hukum-hukum syarak Islam. IMP yang diasaskan oleh Ustaz Ahmad Tajuddin telah dikenali ramai sejak diperkenalkan di Malaysia dan kini IMP menjadi satu keperluanuntuk umat Islam mendapatkan produk yang halal lagi baik (Halalan Toyyiba). Jus Tok Guru mula dikilangkan di kilang IMP pada penghujung 2007 lagi. Manakala mulai Januari 2010, Produk Kaedah Rawatan Pinggan Putih pula telah diproses di Kilang IMP ini dengan formulasi baru yang lebih istimewa. |
|
| SAMBUTAN HANGAT MASYARAKAT TERHADAP PRODUK TOK GURU | |
Alhamdulillah, setelah pelbagai isu timbul dan Saffron Integrated Marketing (SIM) segera membuat penjelasan, masyarakat kini semakin faham dan tidak timbul lagi kekeliruan dalam pelbagai isu. Gambar-gambar penyerahan dana kepada sekolah-sekolah agama menambahkan lagi keyakinan ramai terhadap saffron Integrated Marketing. Terima kasih kepada ustaz-ustaz wakil dari 4 buah sekolah yang telah menjadi duta (jurucakap) sejak 2006 lagi dan tulang belakang kepada kekuatan kami selama ini bagi menjawab persoalan yang dikemukakan pengguna. |
|
| JENAMA TOK GURU YANG SEBENAR, TULEN LAGI ASLI SEJAK 2007 | |
Jenama Tok Guru ini adalah satu-satunya jenama yang diperkenalkan sejak awal 2007 lagi sebagai penghargaan kepada 'semua Tok Guru' di seluruh Malaysia samada di madrasah mahupun sekolah pondok, masjid-masjid dan kuliah ilmu. Usaha mengumpul dana ini pula adalah untuk disalurkan kepada sekolah-sekolah agama ke arah melahirkan seramai mungkin pelapis Tok Guru. Kami berbangga menjadi perintis Projek Dana yang berjaya dikomersialkan (sejak 2006 lagi) melalui promosi semua saluran media dan kini menjadi ikutan banyak syarikat dan sekolah agama untuk mengumpul dana. Semua pengguna di Malaysia telah sedia maklum mengenai jenama Tok Guru yang sebenar, tulen lagi asli keluaran Saffron Integrated Marketing. |
|