WANGIAN KASTURI TIBBUNA

Koleksi minyak wangi yang berasal daripada bintil kelenjar haiwan kijang jantan. Ia terdiri daripada 3 jenis wangian iaitu:

  1. Kasturi Kijang
  2. Kasturi Putih
  3. Kasturi Hitam

KELEBIHAN WANGIAN KASTURI TIBBUNA

  • WANGIAN KASTURI TIBBUNA ini telah dibacakan 30 Juzuk Al-Quran dan ruqyah terpilih.
    Antara kegunaannya sebagai wangian harian mahupun sebelum solat, sebagai ikhtiar untuk membantu mengatasi masalah gangguan makhluk halus seperti sihir, saka dan santau.

PERINGATAN

Wangian yang telah diruqyahkan ini hanyalah usaha dan ikhtiar sahaja.
Namun, kesembuhannya terletak pada iradat dan kudrat Allah jua.

TERTIB PENGGUNAAN WANGIAN KASTURI TIBBUNA

  1. Baca Al-Fatihah (1 kali), 3 Qul (1 kali) & selawat (1 kali)
    Bagi kegunaan harian/sebelum solat, sapu pada belakang tengkuk dan bawah telinga.
  2. Sapukan juga pada mana-mana bahagian yang terasa sakit akibat gangguan.
  3. Bagi anak-anak kecil yang diganggu atau menangis waktu malam, letakkan sedikit WANGIAN KASTURI TIBBUNA pada tapak tangan anda dan diratakan ke seluruh tapak tangan, kemudian sapukan pada umbun-umbun dan bawah telinga.
  4. Bagi gangguan di rumah, pejabat dan kedai, tuang beberapa titik WANGIAN KASTURI TIBBUNA ke dalam botol ‘spray’ yang berisi air. Kemudian kacau. Bacakan Al-Fatihah (1 kali), 3 Qul (1 kali), Ayatul Qursi (1 kali) & selawat (1 kali). Semburkan air tersebut di sekeliling tempat yang diganggu mengikut arah lawan jam.